FAQ – Soalan Lazim
S – Bagaimana hendak memohon secara online?
J – Kami akan emailkan butiran dan borang permohonan . Panduan untuk memohon:
1) Cetak borang permohonan
2) Isikan borang permohonan dan jadikan contoh borang yang di-emailkan sebagai panduan untuk mengisi
3) Email semula kepada kami bersama dokumen yang diperlukan.
S – Saya baru bekerja 2 bulan, adakah saya layak untuk memohon?
J – Maaf, anda tidak layak untuk memohon. Tempoh bekerja sekurang-kurangnya mesti selama 6 bulan di tempat kerja sekarang.
S – Saya baru sahaja genap 6 bulan bekerja. Adakah saya layak untuk memohon?
J – Anda layak memohon. Sila sertakan surat pengesahan daripada sumber manusia syarikat anda sebagai rujukan untuk pihak Aeon.
S – Saya sudah bersara. Adakan saya masih layak untuk memohon?
J – Anda masih layak untuk memohon. Sila sediakan dokumen-dokumen tersebut untuk memohon:
1) Salinan kad pengenalan depan dan belakang
2) Salinan penyata bank sebulan terkini.
3) Penyata pencen.
S – Saya mempunyai CTOS dan CCRIS, bolehkah saya memohon?
J – Anda tidak layak untuk memohon.
S – Adakah saya perlu membuat bayaran awal sekiranya saya mempunyai Express Card dan apakah dokumen yang diperlukan?
J – Permohonan adalah seperti biasa, anda perlu mengisi borang dan sertakan salinan IC depan dan belakang, salinan slip gaji sebulan terkini dan salinan penyata bank sebulan terkini. Permohonan yang diluluskan, bayaran bulanan pertama perlu dilakukan dikedai kami (tertakluk kepada promosi masa itu) dan bayaran berikut akan dipotong melalui bank oleh pihak AEON Credit.
S – Saya nak beli Iphone 7 plus. Apakah syarat permohonan yang diperlukan?
J – Skim ansuran Aeon Credit hanya sah untuk pemohon yang bekerja atau menetap Semenanjung. Sabah dan Sarawak tidak layak untuk memohon. Dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan di kedai kami adalah:
1) Salinan kad pengenalan depan dan belakang
2) Salinan slip gaji sebulan terkini.
3) Salinan penyata bank sebulan terkini.
4) Borang SSM (bekerja sendiri)
5) Surat pengesahan daripada bahagian sumber manusia syarikat bagi yang bekerja bawah setahun.
S – Boleh saya pulangkan semula barang ansuran yang sudah diambil?
J – Tidak boleh.
S – Saya ingin memohon skim ansuran ini, berapa lamakah masa yang diambil untuk proses permohonan saya?
J – Proses permohonan mengambil masa 1-7 hari bekerja, dan jika dokumen sokongan anda tiada masalah paling cepat 1-3 hari bekerja. Bergantung pada pihak Aeon yang memproses permohonan anda.
S – Jika permohonan saya diluluskan, berapa lamakah untuk saya dapat produk yang saya beli?
J – Selepas kelulusan daripada pihak Aeon, anda perlu membuat bayaran pertama kepada kami. Kami akan order stok selepas menerima bayaran dan mengambil masa 1-3 hari bekerja.
S – Jika saya menepati semua kriteria yang diperlukan oleh Aeon, berapa peratus kemungkinan proses ansuran saya diluluskan? Jika ada sebab-sebab lain yang tak dinyatakan oleh pihak Aeon, mereka boleh menolak permohonan saya ke?
J – Ya, pihak Aeon mempunyai hak untuk menolak permohonan pemohon sekiranya terdapat beberapa sebab untuk meluluskan permohonan tanpa menyatakan sebab-sebab tersebut. Sebagai agen kami akan cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Aeon.
S – Saya terlambat bayar untuk bayaran bulanan. Adakah sebarang caj dikenakan?
J- Ya, caj akan dikenakan mengikut tempoh kelewatan bayaran semula.
S – Saya masih belajar. Bolehkah saya mohon skim ansuran ni?
J – Anda tidak layak memohon. Hanya pekerja yang mempunyai pendapatan tetap sahaja layak memohon.
S – Saya seorang pelajar, bagaimana saya hendak membeli produk dari pihak kedai?
J – Anda boleh mohon dengan menggunakan nama individu yang menepati syarat-syarat Aeon seperti ibubapa, adik beradik, saudara-mara atau rakan-rakan anda.
S – Saya bekerja sendiri dan mempunyai syarikat sendiri, saya berminat untuk memohon skim ansuran ini. Apakah syarat-syarat atau prosedur yang perlu saya ikuti?
J – Syarat-syarat yang perlu anda ikuti adalah:
1) Sekurang-kurangnya beroperasi lebih dari setahun.
2) Mempunyai pendapatan yang dikreditkan dalam akaun syaikat
3) Mempunyai nombor telefon pejabat
4) Nombor telefon untuk kes kecemasan iaitu individu yang tidak tinggal sekali dengan pemohon.
5) Boleh membuat bayaran melalui autodebit atau cek tarikh tertunda.
S – Jika saya bekerja sepenuh masa sebagai pemandu Uber atau Grab, adakah saya layak untuk memohon?
J- Anda tidak layan untuk memohon kerana tidak mempunyai dokumen yang diperlukan oleh pihak Aeon.
S – Saya bekerja dengan majikan tetapi pembayaran gaji saya adalah secara tunai tidak melalui bank. Bolehkah saya memohon sekiranya saya tidak mempunyai slip gaji dan tiada penyata bank?
J – Maaf, anda tidak layak memohon kerana dokumen dan syarat yang tidak lengkap yang telah ditetapkan oleh pihak Aeon Credit.
S – Bolehkah saya memohon tanpa slip gaji? Gaji saya dibayar melalui bank.
J – Ya boleh, sertakan baucar bayran daripada pihak majikan dan penyata KWSP terkini.
S – Apakah syarat utama untuk memohon?
J – Syarat utama adalah:
1) Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.
2) Gaji minima RM950 ke atas.
3) Mempunyai nombor telefon pejabat, rumah (jika ada), dan telefon bimbit (jika ada).
4) Mempunyai nombor telefon individu yang berkaitan yang tidak menetap sekali untuk sebarang kecemasan.
5) Boleh membuat bayaran melalui potongan bank atau cek tertunda.
S – Saya tidak dapat datang ke kedai kerana saya bekerja mengikut masa pejabat. Bolehkah saya datang pada hari minggu seperti Sabtu atau Ahad?
J – Untuk datang ke kedai kami pada hari Sabtu atau Ahad, anda perlu membuat temu janji dahulu dan jika pegawai atau staff kami tidak dapat hadir untuk membuat temu janji tersebut, kami akan menggunakan khidmat kurier. Kos penghantaran dan pungutan dokumen ditanggung oleh anda. Minimum caj RM 14.00 termasuk penghantaran dan pemungutan dokumen.
S – Di manakah kedai beroperasi?
J – No. 37, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dibuka hanya pada hari bekerja dari 9am-5pm.
S – Boleh ke saya hantar wakil untuk mengambil barang apabila sudah sampai jika saya menetap luar kawasan Selangor,Seremban atau Kuala Lumpur?
J – Boleh menghantar wakil dengan memberi maklumat diri wakil tersebut kepada pegawai kami.
S – Saya menetap di Sabah & Sarawak. Adakah saya layak memohon?
J – Tidak layak. Kami hanya beroperasi di Semenanjung.
S – Jika saya tidak mempunyai Aeon Express card adakah saya masih boleh mohon?
J – Ya, masih boleh mohon.
S – Apakah produk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS ?
J – Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS untuk pembelian peralatan elektrik, perabot, kabinet, komputer peribadi, kamera, Kamera video, peralatan kesihatan, alat muzik, pintu pagar automatik, sistem keselamatan rumah, emas dan barang kemas dan lain-lain melalui lebih daripada 4,000 kedai yang dilantik di seluruh negara secara ansuran.
S – Apakah kelebihan yang akan anda perolehi daripada produk ini?
J – Kelebihan skim ini adalah:
*Amaun pinjaman minima ialah RM1,300 dan maksima RM30,000
*Tempoh pinjaman minima ialah 6 bulan dan maksima 36 bulan.
*Kadar faedah serendah 0.8%
*Menikmati kemudahan semasa program promosi dari Aeon Credit (M) Bhd.
S – Apakah obligasi saya?
J – Setelah pinjaman diluluskan, anda diminta membuat bayaran pertama di kedai pembelian barangan dan anda adalah dianggap telah menerima kemudahan pinjaman pembelian barangan seperti yang telah diluluskan oleh pihak AEON walaupun amaun yang diluluskan adalah lebih rendah daripada amaun yang anda mohon. Bayaran balik bulanan akan dikira berdasarkan amaun pinjaman anda, tempoh pinjaman anda dan kadar faedah pinjaman yang telah ditetapkan. Kadar pembayaran mungkin lebih tinggi jika bayaran bulan tidak dibuat secara tetap, ini kerana caj atau denda kelewatan bayaran dikenakan.
S – Apakah fi dan bayaran yang perlu saya bayar?
J – Pembayaran sekali bagi caj perjanjian RM80 dan GST 6%.
S – Adakah perlindungan insurans/takaful diperlukan?
J – Perlindungan insurans/takaful tidak diperlukan.
S – Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi saya?
J – Denda atau caj kelewatan bayaran bulanan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan.
*Bayaran kena dibayar dibuat di antara 6 hingga 10 haribulan – RM12.00
*Bayaran kena dibayar dibuat di antara 11 hingga 18 haribulan – RM18.00
*Bayaran kena dibayar dibuat di antara 19 hingga 20 haribulan dan berikutnya – RM30.00
*Caj tambahan bagi bayaran setiap bulan selanjutnya ditangguhkan – RM18
*Caj sebanyak 4% sebulan akan dikenakan ke atas jumlah yang perlu dibayar sehingga bayaran sepenuh dibuat.
S – Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
J – Penjamin atau cagaran tidak diperlukan.
S – Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya butiran perhubungan saya berubah?
J – Anda perlu memaklumkan kepada pihak AEON sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam butiran perhubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai ke tangan anda tepat pada masa dan tempatnya.
S – Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
J – Untuk mendapatkan maklumat tambahan sila layari www.aeonmalaysia.com.my atau hubungi AEON ditalian 03-2719 9999.
Untuk mendapatkan bantuan pengurusan kredit jika anda mempunyai masalah dalam pembayaran semula, anda harus hubungi pihak AEON dengan segera. Juga jika anda ingin membuat sebarang aduan mengenai produk dan perkhidmatan AEON, sila datang ke:
AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD
Menara Olympia, No.8 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
S – Jika saya ingin membeli lebih dari satu atau dua barang, bolehkah permohonan saya diproses?
J – Anda boleh membeli lebih dari satu atau dua barang. Kelulusan bergantung kepada keupayaan dokumen dan kelayakan pinjaman yang ditentukan oleh pihak AEON sendiri.
S – Saya sudah pun membuat ansuran barang dan masih berbaki 3 bulan untuk bayar. Adakah saya boleh memohon untuk produk lain?*
J – Ya, anda boleh mohon untuk produk lain.
S – Berapakah limit pinjaman yang dibenarkan?
J – Limit pinjaman untuk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS adalah RM 30,000.00 .
S – Jika saya menetap di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, adakah saya layak untuk mohon skim ansuran Aeon Credit?
J –Ya, anda layak memohon dengan kami kecuali Sabah dan Sarawak.
S – Saya sudah melangsaikan tunggakan yang telah disenarai hitam oleh Bank Negara, adakah saya layak memohon dalam tempoh terdekat?
J – Tidak boleh. Permohonan boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh bayaran tunggakan tersebut.
S – Adakah saya perlukan Aeon kad kredit untuk memohon?
J –Tidak, anda boleh memohon walaupun tidak mempunyai Aeon kad kredit.Proses permohonan seperti biasa seperti yang dinyatakan di atas.
S – Jika bekerja dengan majikan tetapi gaji dibayar secara tunai, ada slip penyata gaji tiap bulan tetapi tiada penyata bank. Layakkah memohon?
J – Boleh. Sila sertakan penyata KWSP. Penyata bank juga diperlukan walaupun tiada gaji yang masuk sekadar untuk rujukan autodebit pihak Aeon Credit.
S – Permohonan saya sudah diluluskan tetapi saya mahu membatalkan pembelian produk tersebut dan belum membuat sebarang bayaran, adakah sebarang denda dikenakan?
J – Pembatalan permohonan boleh dilakukan sekiranya pihak kedai belum membuat claim dari pihak Aeon dan stok barang tersebut masih belum dibeli oleh pihak kedai. Denda tidak dikenakan sekiranya pembatalan berlaku dalam keadaan seperti yang dinyatakan, jika pekedai telah menerima bayaran daripada pihak Aeon dan stok sudah dibeli pemohon tidak boleh membuat pembatalan serta merta.
S – Saya mohon skim ansuran Aeon Credit di kedai seperti Seng Heng tetapi status permohonan masih tidak diketahui. Adakah saya masih boleh mohon di Ukhwah Computer?
J – Anda perlu menunggu status permohonan dari pihak Seng Heng terlebih dahulu. Jika permohonan telah diluluskan pemohon perlu meminta pihak Seng Heng mengisi borang pembatalan dan diserahkan kepada pihak Aeon Credit Malaysia. Selepas kelulusan pembatalan dari Aeon Credit anda layak untuk memohon dengan kami. Jika permohonan tidak diluluskan anda boleh terus mohon dengan kami.
S – Bolehkan saya membuat pembelian secara ansuran 3 kali bayar tanpa membuat pinjaman?
J – Tidak boleh.